Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Penilaian Rekod Secara Fizikal bagi Permohonan Pelupusan Fail (ARKIB 5/08) Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

MRS Hulu Selangor

12 Februari 2025

51

12 Februari 2025 - Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor telah menerima kunjungan dari Seksyen Pelupusan Rekod Arkib Negara Malaysia (ANM) diketuai oleh Puan Siti Khadijah binti Baharudin dan diiringi oleh Encik Muhammad Ridhwan Bin Samsudin. Turut hadir dari Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang dihadiri oleh Encik Sofian bin Ibrahim selaku Ketua Seksyen dan Puan Nuraziraakmar binti Othman selaku Pembantu Syariah untuk melaksanakan sesi Penilaian Rekod secara fizikal.

Sesi semakan fizikal dan penilaian rekod ini bertujuan untuk mengenalpasti rekod fail yang tidak dinyatakan dalam Jadual Pelupusan Rekod (JPR) serta berkongsi maklumat, pandangan dan pengalaman mengenai pengurusan rekod serta larangan pelupusan rekod awam tanpa kelulusan (ANM) seperti yang telah termaktub di dalam Seksyen 25(1), Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].

Warga Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian hadir ke lokasi ini dan turut berkongsi buah fikiran dalam memastikan rekod sentiasa teratur dan mampu memberikan impak yang positif dan kondusif untuk generasi akan datang.