Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

PROGRAM ROADSHOW KUALITI ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS)

MRS Hulu Selangor

18 November 2024

13

15 November 2024- Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor menerima kunjungan wakil pasukan juruaudit iaitu Tuan Fairus Bin Jaafar dan Tuan Faizarul Nizam Bin Azhari. Tujuan audit kali ni lebih kepada pendedahan tentang pembudayaan dan kefahaman akan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) yang baru diwujudkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Polisi anti rasuah iaitu menolak rasuah,  pemberian hadiah,sumbangan atau hospitaliti dan pemberi maklumat.

Ada saluran untuk kakitangan atau orang awam membuat aduan laporan rasuah telah diwujudkan dan dipamerkan di ruang kaunter pendaftaran. Jutaan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan juruaudit yang telah menjayakan program roadshow di MRS Hulu Selangor pada tahun ini bagi memahami dan seterusnya membudayakan ke arah pensijilan ABMS.