Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Petaling

Program Iftar Jamaie MRS Petaling

MRS Petaling

10 April 2023

1519

JUMAAT, 7 APRIL 2023 – Majlis Iftar Jamaie Mahkamah Rendah Syariah Petaling Tahun 2023 telah diadakan bertempat di Mahkamah ini. Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan telah menyertai program Iftar Jamaie bersama-sama ahli keluarga masing-masing. Majlis turut dihadiri oleh wakil Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi lokasi, anggota polis dan pengawal keselamatan Mahkamah.

Majlis ini dimulakan dengan gotong royong persiapan tempat makan dan ruangan solat serta penyusunan juadah berbuka. Majlis diteruskan dengan ucapan wakil Ketua Pejabat, Tuan Abdul Malik bin Soleh. Seterusnya, bacaan tahlil ringkas dan doa selamat yang diketuai oleh Tuan Mohd Tarmizi bin Jaafar serta berbuka puasa sebelum menunaikan solat maghrib secara berjemaah.

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama warga kerja Mahkamah ini dan suai kenal bersama ahli keluarga masing-masing.

Berakhirnya solat berjemaah dan berbuka maka program ini sudah tiba di penghujungnya. Semua pegawai dan kakitangan telah sama-sama bergotong-royong mengemaskan dan membersihkan kembali tempat yang digunakan untuk bersolat dan iftar.