Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Media

KURSUS PEMANTAPAN EKSA DAN BENGKEL BLOG EKSA

Admin-Haeida

21 Mei 2024

982

444480299 957820296343436 7224408312010228010 n 442426704 957820276343438 2207001939619427746 n

442414240 957898916335574 5807746163410269949 n
20 - 21 Mei 2024, Bangi - Bertempat di Institut Semarak Felda, (ISEF) Bangi, Kursus Pemantapan EKSA dan Bengkel Blog EKSA telah diadakan kepada Juru Audit Dalam EKSA dan wakil setiap zon.


Kursus pemantapan EKSA ini adalah memberi pemahaman mendalam dalam kriteria audit EKSA kepada juru audit dan semua wakil berhubung kehendak auditan yang akan diadakan seperti yang telah dijadualkan pada bulan Jun 2024.

Pendedahan berhubung kriteria audit telah disampaikan oleh Puan Nurul Hidayah binti Jani dan Puan Siti Rashidah binti Sarkom. Selain itu, pengisian program pada kali ini adalah pengemaskinian blog EKSA yang dipimpin oleh Tuan Mohd Firdaus bin Mohed.

YAA Dato’ Mohammad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor berbesar hati merasmikan kursus dan bengkel ini pada sesi malam 20 Mei 2024.

Semoga program kali ini dapat memberi nilai tambah kepada semua peserta dan bersedia untuk diaudit oleh pasukan audit dalam EKSA dan dipersijilkan semula kategori cemerlang oleh pihak MAMPU.