Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

Lawatan Pemantauan Pegurusan Rekod di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor

MRS Hulu Selangor

02 November 2026

32



                     

                     

                                                                   

2 November 2026 – Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor menerima kunjungan Lawatan Pemantauan Rekod dari Seksyen Rekod, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) yang diketuai oleh Encik Sofian bin Ibrahim, Ketua Seksyen Rekod, diiringi oleh Cik Khairun Iman Nadhira binti Norazli, Pembantu Syariah.

Lawatan ini bertuan untuk memastikan pengurusan rekod di lokasi berkenaan mematuhi peruntukan Seksyen 7(a) Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) demi menjamin tatacara pentadbiran rekod kerajaan yang cekap dan berkualiti.

Sesi pemantauan ini turut merangkumi penilaian menyeluruh serta penyampaian khidmat nasihat berhubung tatacara penjilidan dan pelupusan rekod agar memenuhi standard penyimpanan yang telah ditetapkan.

Pihak Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor menyambut baik bimbingan yang disampaikan dan berharap ikhtiar ini dapat memperkasakan lagi sistem pengurusan dokumen demi kelangsungan dan rujukan generasi akan datang.