Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Ampang

LAPORAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN MRS AMPANG TAHUN 1447H/2026

MRS Ampang

07 April 2026

32

 
PANDAN INDAH, 12 Mac 2026 - Majlis Khatam Al-Quran Mahkamah Rendah Syariah Ampang Tahun 1447H/2026 telah diadakan pada 12 Mac 2026 (Khamis) jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat. Majlis ini dibimbing oleh En. Mohd Syahrilshah bin Johari dan dianjurkan sebagai salah satu program keagamaan bagi menggalakkan amalan membaca dan menghayati Al-Quran, memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga MRS Ampang serta menyemarakkan budaya keagamaan di tempat kerja. Para peserta hadir dengan tema pakaian kelabu atau biru dan mengambil bahagian secara aktif sepanjang majlis berlangsung.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan sesi khatam Al-Quran secara bersama-sama sehingga tamat. Program diteruskan dengan pengisian ringkas sebelum diakhiri dengan doa penutup. Secara keseluruhannya, majlis ini telah berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, di samping mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga MRS Ampang.