Skip to main content
JAKESS
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Mahkamah Rendah Syariah Klang

Audit Pensijilan Semula EKSA ZON FIRUS 2023

MRS Klang

11 Mei 2023

898

 

11 MEI 2023 - Mahkamah Rendah Syariah Klang (Zon Firus) telah selesai menjalani sesi Audit Pensijilan Semula EKSA oleh Panel Penilai dari SUK Selangor yang diketuai oleh Puan Shanizah binti Ngatiman.

Proses auditan tersebut telah diiringi oleh beberapa pegawai juruaudit dalam JAKESS. Kesemua pegawai dan kakitangan lokasi menyambut baik kehadiran juruaudit.

Terdahulu kesemua pegawai dan kakitangan MRS Klang telah menjalankan bergotong-royong bagi persiapan menghadapi Audit EKSA pada kali ini.