PROGRAM "HIJAU LESTARI" DAERAH KUALA SELANGOR 2023
![]() |
25 Mei 2023 - MRS Kuala Selangor telah menyertai program "Hijau Lestari" bersempena dengan penanaman 25,223 pokok Siantan di Daerah Kuala Selangor bagi mewakili Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Beberapa orang pegawai daripada Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat turut menyertai program ini.
Program yang telah diadakan pada 25 Februari 2023 anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor di Forest Park, Bandar Hillpark, Puncak Alam bertujuan untuk melestarikan flora dan fauna dalam daerah Kuala Selangor serta mencipta rekod baharu The Malaysia Book of Records.